Keberkesanan pembelajaran dalam talian dan kesannya terhadap kepuasan belajar pencapaian pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian MyClass Online yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antaraba...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zain Hazmi Zain Baharin
格式: thesis
语言:eng
出版: 2008
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2850
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian MyClass Online yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antarabangsa DOVILES. Reka bentuk kajian adalah Percubaan Ujian-Pra dan Pasca dengan Kumpulan Kawalan ke atas 81 subjek yang dipilih secara rawak daripada 123 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Ipoh. Seramai 41 orang daripada subjek tersebut telah dipilih secara rawak untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kemahiran Generik: Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian. Pencapaian pelajar diukur melalui skor ujian pra dan ujian pasca, manakala tahap kepuasan belajar diukur melalui respons subjek terhadap soal selidik tahap kepuasan belajar. Tahap kualiti pembelajaran dalam talian pula diukur melalui respons pelajar terhadap lapan dimensi persekitaran yang dikemukakan oleh soal selidik DOVILES. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar yang belajar dalam talian adalah signifikan (p