Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri (IR)

Kajian ini bertujuan membina model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan serta menguji kewujudan faktor perantara antara pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Norafizan Jalaluddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2857
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan serta menguji kewujudan faktor perantara antara pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 442 responden, dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar biologi tingkatan empat di negeri Selangor. Data dipungut menggunakan soal selidik pelaporan-kendiri bagi mengukur konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan tanggapan prestasi. Manakala pencapaian pelajar diukur berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun biologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian biologi pelajar berada pada aras sederhana. Semua konstruk yang terlibat, kecuali tanggapan prestasi, didapati mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Model yang dibina dapat disuaikan secara signifikan dengan model teoritikal. Analisis model struktural menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara konstruk konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar dan keterlibatan dengan pencapaian mata pelajaran biologi. Keterlibatan juga telah disahkan sebagai faktor perantara bagi konsep-kendiri akademik dengan pencapaian mata pelajaran biologi dan hubungan guru-pelajar dengan pencapaian mata pelajaran biologi. Kesimpulannya, kajian ini menyediakan bukti empirikal berdasarkan model struktural yang menyokong perkaitan antara konstruk konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar dan keterlibatan dengan pencapaian mata pelajaran biologi. Implikasinya, model yang dibina dapat digunakan bagi mengganggar pencapaian mata pelajaran biologi berdasarkan teori kepercayaan-kendiri yang melibatkan konstruk konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian mata pelajaran biologi.