Tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah zon selatan, Daerah Segamat, Johor (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor. Seramai 242 orang murid dengan lelaki (n=120) perempuan (n=122) orang murid tahap dua sekolah rendah iaitu murid tahun empat, lima dan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nur Ithtizam Aris
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2861
標簽: 添加標簽
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor. Seramai 242 orang murid dengan lelaki (n=120) perempuan (n=122) orang murid tahap dua sekolah rendah iaitu murid tahun empat, lima dan enam terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berbentuk deskriptif dan ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor bagi semua murid, mengikut jantina, mengikut bangsa, murid yang berisiko berat badan berlebihan dan murid yang obes adalah pada tahap tinggi. Perbezaan tahap kefahaman pemakanan seimbang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Kesimpulannya, murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah segamat, Johor mempunyai tahap kefahaman pemakanan seimbang yang tinggi. Walau bagaimanapun tahap pemakanan seimbang murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor adalah ditahap sederhana. Tahap kefahaman pemakanan seimbang yang tinggi dapat memberi kesan positif kepada amalan pemakanan sekiranya diamalkan dengan baik.