Burnout dan tekanan kerja di kalangan guru: satu kajian terhadap guru-guru sekolah menengah daerah Hulu Langat (IR)

Burnout merupakan satu fenomena kesan daripada tekanan kerja jangka panjang. Ia biasanya dialami oleh profesion yang perlu berurusan dengan pelanggan. Salah satu daripada profesion dalam kategori tersebut ialah guru kerana tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mengawal pelajar daripada pelbaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amal Hayati Ishak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=288
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Burnout merupakan satu fenomena kesan daripada tekanan kerja jangka panjang. Ia biasanya dialami oleh profesion yang perlu berurusan dengan pelanggan. Salah satu daripada profesion dalam kategori tersebut ialah guru kerana tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mengawal pelajar daripada pelbagai peringkat usia. Burnout dapat dikesan melalui tiga simptom utama iaitu kelesuan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian diri. Justeru, kajian ini dijalankan terhadap para guru bagi meneliti fenomena burnout dan tekanan kerja di kalangan mereka. Kajian yang dijalankan di daerah Hulu Langat ini menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan program SPSS 12.0. Berdasarkan 75 orang responden yang telah menjawab borang soal-selidik, tekanan kerja mempunyai pengaruh terhadap burnout terutamanya dari segi beban kerja dan faktor persekitaran termasuklah situasi sekolah serta peralatan mengajar. Lokasi sekolah sama ada di bandar atau luar bandar pula didapati tidak mempengaruhi burnout. Namun begitu, perbezaan umur dan pengalaman didapati mempengaruhi burnout. Secara amnya, burnout di kalangan guru adalah pada tahap sederhana walaupun para guru sememangnya mengalami tekanan kerja.