Tahap kemahiran insaniah dan hubungannya dengan kecerdasan emosi dalam kalangan siswazah ISMP Sains UPSI (IR)

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap Kemahiran Insaniah berdasarkan Kemahiran Komunikasi (KOM), Kemahiran Kerja Berpasukan (KKBP), Kemahiran Kepimpinan (KKP) dan Kecerdasan Emosi dalam kalangan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Sains di Universiti Pendidikan Sultan Idris...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Komaruddin Nabilah
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2883
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap Kemahiran Insaniah berdasarkan Kemahiran Komunikasi (KOM), Kemahiran Kerja Berpasukan (KKBP), Kemahiran Kepimpinan (KKP) dan Kecerdasan Emosi dalam kalangan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Sains di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak. Instrumen pengukuran Kemahiran Insaniah (Kl) yang digunakan ialah Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah KPT. Manakala Instrumen untuk Kecerdasan Emosi (KE) yang digunakan ialah Inventori Kepintaran Emosi- Malaysia (IKEM)-U. Seramai 103 orang siswazah ISMP Sains terlibat dalam kalangan semester satu, semester tiga, dan semester lima ambilan September (2013 hingga 2015). Hasil kajian, secara keseluruhannya mendapati siswazah ISMP Sains mempunyai tahap Kl dan KE yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kl dan KE dengan pencapaian akademik. Manakala Kl mempunyai hubungan yang signifikan dengan KE. Instrumen Kemahiran Insaniah bagi konstruk KOM, KKBP dan KKP menunjukkan hubungan yang sederhana dengan Kecerdasan Emosi. Implikasinya kajian ini diharap dapat membantu untuk penambahbaikan kurikulum pada masa akan datang bagi memartabatkan mutu pendidikan di Universiti tempatan.