Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang Kedah Darul Aman (IR)

Kajian ini bertujuan meneroka motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Seramai 250 responden dipilih secara rawak mewakili empat kategori atlet melengkapkan "Participation Motivation Questionnaire" (PMQ) dan "Task a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria Abd Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2885
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneroka motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Seramai 250 responden dipilih secara rawak mewakili empat kategori atlet melengkapkan "Participation Motivation Questionnaire" (PMQ) dan "Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire" (TEOSQ). Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan "perkembangan kemahiran" adalah motif utama atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Dapatan kajian juga mendapati atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara orientasi tugasan dengan orientasi ego tetapi tidak signifikan antara atlet lelaki dan perempuan. ANOVA sehala membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keempat-ernpat kategori atlet. Analisis korelasi Pearson secara keseluruhan, menunjukkan hubungan yang sederhana dan positif antara motif "perkembangan kemahiran" dengan orientasi tugasan serta "pencapaian status" dengan orientasi ego. Bagi pembolehubah jantina dan ketegori, hubungannya adalah bercampur-campur. Kepelbagaian motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang memberi maklumat berguna bagi memahami aspirasi atlet muda demi kecemerlangan sukan negara. v