Faktor tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : kajian pada pelajar tingkatan 4, SMKSR, Melaka (IR)

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk memberi penerangan dan mengenalpasti faktor-faktor ketidak memberi tumpuan dalam pengajaran dan pernbelajaran Pendidikan Seni Visual bagi pelajar tingkatan 4 Perdangangan tahun 2005 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, Melaka. Kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah Salsabila Tang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2888
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk memberi penerangan dan mengenalpasti faktor-faktor ketidak memberi tumpuan dalam pengajaran dan pernbelajaran Pendidikan Seni Visual bagi pelajar tingkatan 4 Perdangangan tahun 2005 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, Melaka. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek seperti fasiliti studio, pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran, kesediaan pelajar, status sosioekonomi dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Manfaat kajian adalah untuk penambahan ilmu pengetahuan termasuk memberi maklumat-maklurnat baru, memperoleh hubungan-hubungan dan pertalian-pertalian baru, verifikasi ilmu pengetahuan untuk tujuan pengesahan, memahami, menjangka sesuatu hasil. Subjek kajian 30 orang pelajar dan penyelidik membina gambaran holistik, menganalisis, membuat laporan terperinci berdasarkan pandangan pemberi maklumat dalam fenomena scbenar. Alat digunakan untuk mengumpul data-data maklumat iaitu temubual, pemerhatian, perakaman visual, pengukuran dokumen arkib dan soal selidik. Hasil kajian dianalisa secara deskriptif telah menunjukkan bahawa faktor pendekatan dan kae dah pengajaran pembelajaran merupakan penyebah utama dalam masalah ini. Namun ia pula disebabkan guru terlalu sibuk dengan aktiviti luar bidang profesional. Faktor-faktor lain termasuk kurang kesediaan kognitif, kurang dorongan ibu bapa dan kurang melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran.