Pengurusan koir dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah: satu kajian kes (IR)

<p>Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negara kita, pengajaran dan pembeJajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengaj...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Rajamoney, Laura Annie Lalita
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2005
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2915
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:<p>Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negara kita, pengajaran dan pembeJajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran koir, masalah-masalah yang dihadapi serta kriteria yang digunakan untuk menilai sesebuah koir yang berkualiti. Kaedah pemerhatian, temubual serta senarai semak telah digunakan untuk melihat strategi yang digunakan oleh tiga orang guru muzik sekolah menengah dan seorang guru koir swasta. Kedua-dua guru sekolah menengah ini telah diperhatikan dari hari pertama latihan koir sehingga ke hari pertandingan koir daerah masingmasing. Keputusan juga telah diperoleh dari kedua-dua dapatan serta pertandingan. Secara keseluruhan, strategi yang digunakan oleh Sekolah A terbukti lebih berkesan dari Sekolah B dari segi pemanasan suara dan kekerapan berlatih. Walaupun terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh keempat-empat orang guru muzik, namun ia bolehlah diselesaikan dengan bantuan pihak-pihak tertentu seperti sokongan dari ibu bapa dan sekolah. Kriteria yang ketara sekali yang digunakan untuk menilai sesebuah koir dirujuk kepada kualiti vokal sesebuah koir itu sendiri. Kajian ini telah menunjukkan dengan jelasnya bahawa adalah penting untuk para guru menggunakan strategi yang berkesan apabila melatih sesebuah koir untuk menghasilkan sebuah koir yang berkualiti.</p>