Pengurusan koir dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah: satu kajian kes (IR)

<p>Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negara kita, pengajaran dan pembeJajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengaj...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Rajamoney, Laura Annie Lalita
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2005
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2915
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negara kita, pengajaran dan pembeJajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran koir, masalah-masalah yang dihadapi serta kriteria yang digunakan untuk menilai sesebuah koir yang berkualiti. Kaedah pemerhatian, temubual serta senarai semak telah digunakan untuk melihat strategi yang digunakan oleh tiga orang guru muzik sekolah menengah dan seorang guru koir swasta. Kedua-dua guru sekolah menengah ini telah diperhatikan dari hari pertama latihan koir sehingga ke hari pertandingan koir daerah masingmasing. Keputusan juga telah diperoleh dari kedua-dua dapatan serta pertandingan. Secara keseluruhan, strategi yang digunakan oleh Sekolah A terbukti lebih berkesan dari Sekolah B dari segi pemanasan suara dan kekerapan berlatih. Walaupun terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh keempat-empat orang guru muzik, namun ia bolehlah diselesaikan dengan bantuan pihak-pihak tertentu seperti sokongan dari ibu bapa dan sekolah. Kriteria yang ketara sekali yang digunakan untuk menilai sesebuah koir dirujuk kepada kualiti vokal sesebuah koir itu sendiri. Kajian ini telah menunjukkan dengan jelasnya bahawa adalah penting untuk para guru menggunakan strategi yang berkesan apabila melatih sesebuah koir untuk menghasilkan sebuah koir yang berkualiti.</p>