Penilaian kesediaan pelajar PISMP Institut Pendidikan Guru untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan pentaksiran pelajar guru tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah menggunakan instrumen Skala Pengukuran Kesediaan Pentaksiran (SPKP) yang diadaptasi dan disesuaikan dari instrumen Classroom Assessmen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Juliana Osong
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3022
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan pentaksiran pelajar guru tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah menggunakan instrumen Skala Pengukuran Kesediaan Pentaksiran (SPKP) yang diadaptasi dan disesuaikan dari instrumen Classroom Assessment Literacy (CALI). Sejumlah (N=500) pelajar guru yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata berkadaran telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Piawaian item dalam SPKP telah dipadankan dengan konteks struktur pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Standards for Teacher Competence in the Educational Assessment of Students (STCEAS), Theory of Planned Behavior (TPB), Standard Guru Malaysia (SGM) dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan ditentusahkan menggunakan Model Rasch. Statistik deskriptif dan inferens juga telah dilakukan untuk menghuraikan data dan menguji hipotesis kajian. Keputusan menunjukkan bahawa SPKP mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diterima dalam mengukur kesediaan pentaksiran pelajar guru dalam ketiga-tiga domain pengetahuan, kemahiran dan sikap. Item-item mempunyai ciri psikometrik yang sesuai dengan nilai min square fit (MNSQ) antara 0.77 hingga 1.30 (item dikotomus) dan 0.60 hingga 1.40 (item politomus). Tahap kesediaan untuk melaksanakan PBS dalam kalangan pelajar guru adalah pada tahap rendah ke sederhana. Prestasi tertinggi yang ditunjukkan ialah pada Standard 1 (memilih kaedah pentaksiran), manakala prestasi paling rendah yang ditunjukkan ialah dalam Standard 6 untuk (mengkomunikasi keputusan pentaksiran). Pelajar dan guru yang bersedia untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah lebih cenderung untuk melaksanakan pentaksiran mengikut standard dan garis panduan yang betul, berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran melalui pelbagai cara mengikut keperluan semasa. Implikasi kajian menunjukkan keperluan untuk mengkaji semula cara pentaksiran diajar kepada pelajar guru dan keperluan untuk memperbaiki struktur pentaksiran dalam PISMP. Oleh itu, kajian masa hadapan diharapkan dapat mengumpul maklumat lebih terperinci dan mengemukakan cadangan tentang penambahbaikan struktur pentaksiran dalam program pengajian dan latihan perguruan di IPG.