Kesediaan guru dalam pengajaran model tilawah Al-Quran program j-Qaf (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam pengajaran Tilawah al-Quran Program j-QAF (Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik) yang meliputi aspek ilmu pengetahuan, kemahiran mengajar, personaliti dan motivasi sebagai seorang guru j-QAF. Reka bentuk kajian ini adalah secara...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Izzuddin Mohd Pisol
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3024
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam pengajaran Tilawah al-Quran Program j-QAF (Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik) yang meliputi aspek ilmu pengetahuan, kemahiran mengajar, personaliti dan motivasi sebagai seorang guru j-QAF. Reka bentuk kajian ini adalah secara deskriptif diperoleh menggunakan kaedah tinjauan (survey) yang menggunakan instrumen soal selidik sebagai data utama dan temubual guru sebagai data sokongan. Sampel kajian ini terdiri daripada 422 orang guru j-QAF daripada 174 buah Sekolah Kebangsaan yang terpilih daripada seluruh Malaysia. Dapatan keseluruhan tahap kesediaan guru dalam pengajaran Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik bagi keempat-empat aspek berada pada tahap tinggi. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dalam pengajaran tilawah al-Quran program j-QAF berdasarkan jantina, umur, opsyen, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah. Analisis Kolerasi Pearson r menunjukkan hubungan yang tinggi berkaitan kesediaan guru dalam pengajaran Model Khatam al-Quran antara ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar, personaliti dan motivasi guru. Manakala, analisis Kolerasi Pearson r menunjukkan hubungan yang rendah dalam kesediaan guru dalam pengajaran Model Tasmik antara ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar. Namun, analisis Kolerasi Pearson r menunjukkan hubungan yang tinggi dalam kesediaan guru dalam pengajaran Model Tasmik antara personaliti dan motivasi guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru menjadi pengantara kepada hubungan ilmu pengetahuan, kemahiran mengajar, personaliti dan motivasi guru. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan institusi-institusi pendidikan dalam memperbaiki dan memantapkan lagi pengajaran guru j-QAF terhadap Tilawah al-Quran Program j-QAF ke arah menghasilkan pengajaran yang berkualiti.