Aplikasi kaedah \"Negotiated Drawing\" dalam proses pembelajaran dunia seni visual kurikulum standard sekolah rendah bahagian Miri, Sarawak (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Kaedah "Negotiated Drawing". Kaedah ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid Sekolah Rendah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis artifak untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sazlina Nor Azmi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3028
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Kaedah "Negotiated Drawing". Kaedah ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid Sekolah Rendah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis artifak untuk mengukur perubahan, perkembangan kemahiran dan minat murid dalam lukisan. Maklumat pencapaian murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Seramai 26 orang murid Tahun 2, 3 dan 5 di SK Rumah Mentali, Subis dipilih sebagai informan kajian. Daripada penyelidikan yang dijalankan, hasil kajian menunjukkan Kaedah "Negotiated Drawing" memberi kesan yang baik terhadap peningkatan kemahiran murid dalam melukis. Selain itu, dapatan dari aspek minat murid adalah positif mengikut eviden yang dikumpul terhadap pencapaian murid. Perlaksanaan kaedah ini dapat membina insan yang kreatif, inovatif, proaktif dan mampu berdaya saing dalam meningkatkan kemahiran melukis. Justeru, Kaedah "Negotiated Drawing" sesuai diterapkan sebagai salah satu kaedah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran lukisan.</p>