Hubungan di antara corak orientasi matlamat dan motif penglibatan dalam aktiviti rekreasi (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Kajian ini juga melihat hubungan di antara orientasi matlamat dengan motif penglibatan pelajar yan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norhanita Ramli
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3031
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Kajian ini juga melihat hubungan di antara orientasi matlamat dengan motif penglibatan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Seramai 120 responden (N=120) yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit rekreasi kembara alam, kayak dan rakit arus deras bagi semester II sesi 2015/2016 melengkapkan Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire (TEOSQ) dan Leisure Motivation Scale (LMS). Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min, ujian-t sampel tidak bersandar dan korelasi. Hasil dapatan ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan pelajar lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Dapatan kajian juga mendapati motivasi intrinsik menyelesaikan adalah motif utama pelajar lelaki manakala motivasi intrinsik mengetahui adalah motif utama bagi pelajar perempuan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara orientasi tugasan dengan motif penglibatan motivasi intrinsik rangsangan pengalaman, intrinsik mengetahui, ekstrinsik mengenal pasti dan intrinsik menyelesaikan serta orientasi ego dengan motif penglibatan amotivation. Kepelbagaian corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pelajar UPSI berperanan dalam mempengaruhi penglibatan pelajar untuk mengikuti kursus rekreasi. Pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan bagi menarik minat pelajar untuk meningkatkan penglibatan dalam aktiviti rekreasi</p>