Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Penilaian kualiti amalan guru dilaksanakan secara holistik berdasarkan Model Kerangka Pengajaran Danielson dan penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Fadilah Nadzri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3035
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Penilaian kualiti amalan guru dilaksanakan secara holistik berdasarkan Model Kerangka Pengajaran Danielson dan penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa. Kajian melibatkan empat domain iaitu domain perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 30 orang responden di dua buah MRSM di negeri Perak. Tiga alat kajian digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa guru-guru melaksanakan amalan-amalan penyediaan perancangan pengajaran harian yang baik sebelum masuk ke kelas. Seterusnya, komitmen guru-guru yang menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan kondusif telah menunjukkan bahawa mereka melaksanakan amalan yang cemerlang dalam pengurusan bilik darjah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru telah melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan mengamalkan fleksibiliti serta responsif terhadap para pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Namun begitu, amalan berbahasa mengikut nahu yang betul ketika penyampaian pengajaran dan penyoalan terhadap pelajar masih memerlukan penambahbaikan. Selain itu, amalan pemberian latihan yang bersesuaian dengan pelajar dan komitmen penyemakan latihan oleh guru telah menunjukkan bahawa mereka melaksanakan tanggungjawab profesionalisme dengan baik. Walau bagaimanapun, penyediaan refleksi dan rekod intervensi perlu dilaksanakan dengan lebih efisien. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa Model Kerangka Pengajaran Danielson dan penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa boleh mengukur kualiti amalan guru. Oleh itu, kajian ini telah dapat menunjukkan tahap kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Implikasi kajian menunjukkan bahawa standard piawaian kualiti itu penting sebagai penanda aras amalan guru yang berkesan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk pemantapan dan kecemerlangan tahap profesionalisme guru Bahasa Melayu di MRSM.</p>