Ciri-ciri Antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun MSSPK (IR)

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK). Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 252 orang peserta, iaitu 126 orang pemain bawah 12 tahun dan 126 orang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Redzuan Amat
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3091
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK). Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 252 orang peserta, iaitu 126 orang pemain bawah 12 tahun dan 126 orang pemain bawah 15 tahun. Pengukuran antropometri melibatkan tinggi, berat badan, tinggi duduk, panjang kaki, panjang depa dan lipatan kulit (triceps dan gastrocnemius). Tahap kematangan fizikal pemain dianggar menggunakan kaedah tidak invasif dan praktikal bagi meramal umur pada halaju ketinggian puncak (PHV) bagi mengukur ambang kematangan berdasarkan pemboleh ubah antropometri. Analisis statistik deskriptif ditunjukkan bagi ciri-ciri antropometri. Ujian t tidak bersandar digunakan bagi membuat perbandingan antara pasukan yang layak ke peringkat akhir. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri antropometri antara pasukan yang berjaya dengan tidak berjaya ke peringkat akhir perlawanan. Kajian mencadangkan para jurulatih perlu merangka program latihan yang sistematik selaras dengan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak.</p>