Keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat dalam kalangan murid tahun lima (IR)

<p>Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think bagi menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid Tahun Lima. Pembinaan modul i-Think Penyelesaian Masalah Matematik Berayat (iPMMB) adalah berdasarkan adaptasi model ADDIE. Pendekatan kuanti...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Khoo, Yee Ping
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3115
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think bagi menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid Tahun Lima. Pembinaan modul i-Think Penyelesaian Masalah Matematik Berayat (iPMMB) adalah berdasarkan adaptasi model ADDIE. Pendekatan kuantitatif dalam bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian telah dijalankan secara persampelan berkelompok yang melibatkan 55 orang murid di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di daerah Hilir Perak. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu modul iPMMB, borang soal selidik dan ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan minat murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat dengan peta pemikiran i-Think, manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat memupuk minat murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Begitu juga, terdapat peningkatan pencapaian pada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan di mana kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian (M=5. 710) yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (M=1.375). Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan kebolehan murid Tahun Lima dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Implikasinya, modul iPMMB mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan murid disamping memperkembangkan pemikiran secara kreatif dan kritis seperti yang dihasratkan dalam kurikulum matematik Malaysia.</p>