Kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal kanak-kanak dalam kemahi...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Siti Az Zaharah Ismail
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3121
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal kanak-kanak dalam kemahiran awal membaca, meninjau penerimaan kanak-kanak prasekolah terhadap aktiviti kesedaran fonologikal dan mengenal pasti pandangan guru terhadap kesedaran fonologikal dalam pembelajaran kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan lapan orang kanak-kanak prasekolah berumur lima tahun dan seorang guru prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dengan berpandukan senarai semak untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kaedah temu bual semi struktur digunakan bagi mendapatkan pandangan guru berkaitan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Analisis dokumen digunakan untuk menyokong dan melengkapkan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif. Kajian ini turut menumpukan kepada empat komponen dalam kemahiran awal membaca iaitu perbendaharaan kata, fonik, kefahaman dan kelancaran. Dapatan kajian mendapati kanak-kanak mudah menguasai tugasan peringkat rhyme, ayat dan suku kata tetapi mereka mengalami kesukaran pada peringkat onset dan rima. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak memberi maklum balas positif terhadap aktiviti kesedaran fonologikal dan guru prasekolah berpandangan bahawa kesedaran fonologikal memberi kesan yang positif terhadap kemahiran awal membaca kanak-kanak di prasekolah. Implikasi kajian ini menunjukkan penguasaan kesedaran fonologikal dapat meningkatkan kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah yang mengalami kesukaran membaca.