Penggunaan aktiviti psikomotor dalam terapi cara kerja untuk membantu murid autistik berinteraksi sosial (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sesi Terapi Cara Kerja berasaskan aktiviti psikomotor dalam membantu murid autistik berinteraksi sosial. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah interaksi sosial, jenis aktiviti psikomotor yang berkesan dan kesannya terhadap interaksi sosia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusof Norfarhada
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3123
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sesi Terapi Cara Kerja berasaskan aktiviti psikomotor dalam membantu murid autistik berinteraksi sosial. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah interaksi sosial, jenis aktiviti psikomotor yang berkesan dan kesannya terhadap interaksi sosial murid autistik. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan empat orang murid autistik dan dua orang guru pendidikan khas di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sungai Petani, Kedah. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu senarai semak interaksi sosial, soalan temu bual guru dan laporan sesi terapi. Data pemerhatian, temu bual dan dokumen rasmi dianalisis secara manual oleh penyelidik. Dapatan kajian mendapati bahawa sesi Terapi Cara Kerja berasaskan aktiviti psikomotor berkesan dalam membantu interaksi sosial murid autistik dalam bilik darjah dan kekerapan interaksi sosial berlaku lebih banyak melalui aktiviti membaling dan menangkap bola, membaling bola ke dalam bakul dan membaling bola ke arah pin boling. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan pelaksanaan sesi Terapi Cara Kerja berasaskan aktiviti psikomotor telah membantu interaksi sosial murid autistik. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan aktiviti psikomotor adalah sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid autistik bagi menggalakkan murid autistik berinteraksi sosial.