Perkaitan antara pencapaian akademik persekitaran keluarga dan faktor personaliti dalam kalangan pelajar sekolah menengah berprestasi rendah (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Objektifnya mengkaji tahap pencapaian akademik mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah, menentukan tahap persekitaran keluarga dari seg...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nyanamany Seeni
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3132
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Objektifnya mengkaji tahap pencapaian akademik mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah, menentukan tahap persekitaran keluarga dari segi keakraban keluarga, pernyataaan perasaan dan konflik keluarga serta faktor personaliti ekstroversi dan neurotik serta sumbangan persekitaran keluarga dan dimensi personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan empat sekolah berprestasi rendah daerah Kinta Utara. Inventori "Family Enviroment Scale? digunakan untuk mengukur tahap persekitaran keluarga dan Inventori Personaliti Junior Eysenck bagi mengesan personaliti pelajar dalam kajian ini. Sejumlah 466 responden dari tingkatan empat dipilih secara rawak berkelompok dari 12 buah sekolah yang mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) 3.0 dan ke atas dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2012 terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Tahap pencapaian pelajar berbangsa Cina lebih tinggi daripada pelajar Melayu dan India. Seterusnya responden yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai skor min yang tinggi berbanding dengan pelajar yang tinggal di kawasan bandar. Sebanyak 76.2% responden kajian memiliki personaliti introversi dan selebihnya 23.8% responden berpersonaliti ekstroversi. Aspek personaliti neurotik peramal kepada prestasi pencapaian akademik pelajar sekolah menengah berprestasi rendah. Manakala bagi dimensi persekitaran keluarga, aspek konflik keluarga mempunyai hubungan dengan pencapaian akdemik pelajar. Didapati bahawa aspek keakraban keluarga dan pernyataan perasaan tidak menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimanapun kajian ini memperolehi dapatan bahawa konflik keluarga memberi sumbangan yang besar terhadap pencapaian akademik berbanding dengan faktor personaliti. Semakin banyak keluarga yang menghadapi konflik keluarga dalam sesuatu kawasan maka pencapaian pelajar akan menurun dalam kawasan tersebut.