Kaedah pengajaran terus nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bagi penerapan semangat patriotisme (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peningkatan semangat patriotisme pelajar-pelajar Tingkatan Dua bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Reka bentuk kajian ini adalah eksperimen kuasi yang menggunakan dua kumpulan pengajaran iaitu Kumpulan I (menggunakan sumber...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Razila Aw Kamaludin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3137
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peningkatan semangat patriotisme pelajar-pelajar Tingkatan Dua bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Reka bentuk kajian ini adalah eksperimen kuasi yang menggunakan dua kumpulan pengajaran iaitu Kumpulan I (menggunakan sumber pengajaran pelbagai selain buku teks) dan Kumpulan II (sumber pengajaran buku teks PSK sahaja) sebagai kumpulan rawatan manakala satu Kumpulan Kawalan (sumber pengajaran bebas). Data pencapaian pelajar dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan pos manakala empat aspek yang dinilai iaitu bangga terhadap Keunikan Pelbagai Budaya, Hak dan Tanggungjawab Terhadap Negara, Cinta Akan Negara dan Sanggup Berkorban Untuk Negara dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri 360 orang pelajar di negeri Selangor yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 120 pelajar pelbagai etnik (Melayu, Cina dan India), dan jantina. Indeks kebolehpercayaan soal selidik tertinggi adalah 0.94. Manakala analisis data deskriptif dilakukan dengan menggunakan SPSS Windows versi 22.00. Data telah diproses dengan menggunakan ANOVA Dua Hala untuk melihat kesan setiap aspek. Keputusan ujian yang didapati signifikan telah dilakukan Ujian Post Hoc Schffee manakala perbezaan min antara aspek dinilai dengan Ujian-t. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian patriotisme antara pelajar subjek KE I, KE II dan KK, terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian patriotisme berdasarkan etnik, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian patriotisme pelajar mengikut jantina. Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan interaksi kumpulan pengajaran dan etnik terhadap semangat patriotisme. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan interaksi etnik dan jantina terhadap semangat patriotisme. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan interaksi kumpulan pengajaran dan jantina terhadap semangat patriotisme. Daripada sudut nilai patriotisme, kajian ini hanya memfokus kepada aspek pencapaian pelajar terhadap semangat patriotisme, kajian terhadap tingkah laku pelajar ke arah peningkatan patriotisme kepada negara seharusnya diteruskan di masa hadapan.</p>