Masalah sosial dalam sajak moden Tamil Malaysia (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis tujuan penggunaan dan mengkaji gaya penulisan isu-isu sosial yang dipaparkan dalam sajak moden Tamil Malaysia. Sejumlah tujuh puluh tiga antologi sajak moden yang dihasilkan dari tahun 1979 - 2010 dipilih sebagai bahan kajian....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3138
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis tujuan penggunaan dan mengkaji gaya penulisan isu-isu sosial yang dipaparkan dalam sajak moden Tamil Malaysia. Sejumlah tujuh puluh tiga antologi sajak moden yang dihasilkan dari tahun 1979 - 2010 dipilih sebagai bahan kajian. Kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan dan analisis teks serta teori sosiologi perspektif functionalis digunakan. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada masalah sosial, ekonomi dan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan daripada sembilan puluh tiga buah sajak moden yang dikaji, lima puluh lima buah sajak moden menggambarkan isu-isu sosial, enam belas buah sajak moden menggambarkan isu-isu ekonomi dan dua puluh dua buah sajak moden menggambarkan isu-isu pendidikan. Sajak-sajak moden ini dihasilkan bagi tujuan memberi pengajaran, meluahkan perasaan tidak puas hati, mencerminkan pergolakan hidup serta memberi kesedaran dan amaran. Para penyajak menggunakan teknik simile, imej, metafora, paradoks, simbol, mitos, kekaburan dan sindiran untuk memaparkan isu-isu sosial dalam sajak moden Tamil Malaysia. Sajak-sajak moden yang dikaji boleh dijadikan teladan, panduan dan refleksi dalam menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia.</p>