Kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin (IR)

<p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Kajian eksperimen praujian dan posujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan. Sejumlah 45 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah seko...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sarimah Arifin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3332
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Kajian eksperimen praujian dan posujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan. Sejumlah 45 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah sekolah menengah di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Berdasarkan data Soal Selidik Kecerdasan Emosi, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang dianggotai oleh 30 orang dan 15 orang di dalam kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menerima rawatan yang diberikan oleh pihak sekolah, namun kumpulan rawatan diberikan 8 sesi bimbingan kelompok berdasarkan modul berpandukan pendekatan pemusatan-insan. Data kuantitatif dikumpul berdasarkan respon pelajar terhadap Soal Selidik Kecerdasan Emosi. Data kajian dianalisis menggunakan ujian-t dengan aras signifikan ditetapkan pada aras 05. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kecerdasan emosi antara praujian dan posujian bagi kumpulan rawatan. Skor min posujian didapati lebih tinggi dibandingkan dengan skor min praujian bagi kumpulan rawatan. Sebaliknya, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min praujian dan posujian yang signifikan bagi kumpulan kawalan. Implikasi kajian adalah bimbingan kelompok ini boleh digunakan berdasarkan modul pendekatan pemusatan-insan boleh membantu meningkatkan tahap kecerdasan emosi pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin.</p>