Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor 1990-2010 (IR)

<p>Disertasi ini bertujuan mengkaji perkembangan politik Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor dari 1990 hingga 2010. Disertasi ini menghuraikan matlamat perjuangan dan prinsip PAS Selangor sebagai sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan, mengenalpasti cor...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohamad Ali Alimin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3334
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Disertasi ini bertujuan mengkaji perkembangan politik Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor dari 1990 hingga 2010. Disertasi ini menghuraikan matlamat perjuangan dan prinsip PAS Selangor sebagai sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan, mengenalpasti corak kepimpinan dan sumbangan tokoh-tokoh pemimpin PAS Selangor yang terdiri daripada golongan ulama dan profesional. Di samping itu, kajian ini juga menilai dan menghuraikan kejayaan dan masalah yang dihadapi usaha memasyarakatkan PAS dan kerjasama dengan parti politik lain. Ia juga memaparkan penerimaan masyarakat, cabaran dan kejayaan PAS di Selangor. Kajian ini dilaksanakan dengan menganalisis terhadap sumber primer seperti dokumen rasmi parti, perlembagaan parti, minit mesyuarat parti dan teks ucapan . Di samping itu pengkaji juga menganalisis sumber sekunder seperti buku, akhbar dan kertas kerja yang berkaitan. Dalam usaha memantapkan hasil kajian, pengkaji turut menggunakan sumber lisan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Disertasi ini membuktikan bahawa organisasi yang tersusun, barisan tokoh kepimpinan yang baik, berwawasan serta usaha yang berterusan untuk memasyarakatkan PAS di samping kerjasama yang terjalin antara parti politik yang lain berjaya membawa perubahan kepada lanskap politik Selangor. Akhirnya melalui kerjasama dengan parti politik yang lain berjaya menawan Selangor pada 2008. PAS tidak boleh bergerak sendirian dan perlu menjalin kerjasama dengan parti politik lain tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan parti.</p>