Nilai-nilai moral dalam cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh, Serian (IR)
Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang nilai-nilai moral dalam cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh di daerah Serian, Sarawak. Terdapat tiga objektif iaitu mengkategorikan cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh, menghuraikan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat Bidayuh dan meng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3339 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang nilai-nilai moral dalam cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh di daerah Serian, Sarawak. Terdapat tiga objektif iaitu mengkategorikan cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh, menghuraikan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat Bidayuh dan menghubungkait nilai-nilai moral dengan kehidupan seharian kaum Bidayuh. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan moral kerana pendekatan ini meletakkan sastera khususnya cerita rakyat sebagai seni tertinggi kerana memiliki unsur pengajaran dan pendidikan yang mampu mendidik masyarakatnya menjadi individu yang mulia. Usaha pengumpulan cerita-cerita rakyat khususnya di Sarawak telah lama dilaksanakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha pengumpulan tersebut, maka terhasillah beberapa buah naskah Cerita Rakyat Sarawak seperti Si Sidur dan Dayang Puteri hasil selenggaraan Jiso Rutan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun kajian berkaitan dengan nilai moral dalam cerita rakyat Bidayuh belum lagi dilakukan oleh mana-mana pengkaji. Pengkaji mendapati nilai moral dalam cerita rakyat amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat kerana nilai moral mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia khususnya dalam sistem pendidikan di sekolah. Pengajaran sastera rakyat Bidayuh di sekolah mampu menyuburkan semula cerita rakyat yang semakin lenyap di telan zaman. Kajian terhadap cerita rakyat ini juga memenuhi konsep pendekatan moral iaitu cerita rakyat ini mementingkan isi daripada bentuk kerana cerita yang disampaikan oleh penutur kepada khalayak penuh dengan unsur pengajaran. Selain cerita lipur lara, cerita teladan, cerita binatang, cerita jenaka, cerita mitos dan legenda, terdapat cerita hantu tergolong juga sebagai cerita rakyat. Walaupun dianggap cerita hantu tetapi isi cerita sarat dengan pengajaran. Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar masyarakat sedar bahawa cerita rakyat masih relevan digunakan dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah. Selain itu, kajian ini memperkenalkan kepada masyarakat serta individu yang berminat mengkaji tentang kaum Bidayuh atau menjadikan kajian ini sebagai rujukan ilmiah. |
---|