Strategi metafora integrasi dalam pembentukan makna simpulan bahasa \"kepala\" berdasarkan Teori Blending (IR)
<p>Kajian ini merupakan satu strategi baharu dalam pembentukan makna simpulan bahasa kepala menggunakan mekanisme dan prinsip-prinsip metafora integrasi berdasarkan Teori Blending yang diasaskan oleh Fauconnier & Turner (2002). Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis pr...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3343 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini merupakan satu strategi baharu dalam pembentukan makna simpulan bahasa kepala menggunakan mekanisme dan prinsip-prinsip metafora integrasi berdasarkan Teori Blending yang diasaskan oleh Fauconnier & Turner (2002). Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis proses pemikiran kompleks masyarakat Melayu semasa menjana makna simpulan bahasa kepala angin dan kepala batu menggunakan empat langkah pengadunan integrasi di dalam empat ruang mental manusia. Reka bentuk kajian ialah kaedah kualitatif berlandaskan pendekatan korpus berkomputer dengan menggunakan pangkalan data berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP) melalui himpunan data kepala berjumlah 12,207 baris kata. Sebanyak 531 data simpulan bahasa kepala batu dan 217 data kepala angin dipilih sebagai data kajian berdasarkan kekerapan tertinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Melayu sangat kompleks semasa membentuk simpulan bahasa kepala angin dan kepala batu sehingga menerbitkan makna BODOH dan DEGIL disebabkan daya pengamatan Melayu yang cukup tajam dengan alam sekitarannya. Elemen angin sebagai udara yang mengalami pelbagai bentuk perubahan gerakan dipetakan kepada perangai manusia yang BODOH, manakala unsur batu yang pejal dan sukar dipecahkan molekulnya, dipetakan kepada perangai manusia yang DEGIL. Dalam hal ini, metafora integrasi berjaya membongkar daya imaginasi Melayu yang tinggi terhadap konseptual KEPALA, ANGIN dan BATU menggunakan empat peringkat proses pengadunan integrasi, iaitu penyesuaian komposisi (composition), penyelesaian (completion), penghuraian (elaboration) dan penyatuan (compression) melalui empat ruang mental manusia, input 1 (input space 1), input 2 (input space 2), generik (generic space) dan integrasi (blended space). Kajian ini menambah baik kajian metafora terdahulu yang mendakwa pembentukan makna simpulan bahasa berlaku di antara dua ruang mental manusia.Oleh itu, kajian ini memberi implikasi ke arah memperluas kajian berkaitan metafora dalam bahasa Melayu.</p> |
---|