Struktur dan pragmatik dalam puisi Pelandai Bulan (IR)

<p>Kajian ini ialah tentang Leka Main Pelandai Bulan yang merupakan sejenis puisi lisan dalam masyarakat Iban. Puisi ini ialah hasil ciptaan Mendiang Dunging Anak Gunggu sekitar tahun 1954. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur dan menerangkan tema Pelandai Bulan. Ia juga...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nelson Tandang Edwin Unting
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3344
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini ialah tentang Leka Main Pelandai Bulan yang merupakan sejenis puisi lisan dalam masyarakat Iban. Puisi ini ialah hasil ciptaan Mendiang Dunging Anak Gunggu sekitar tahun 1954. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur dan menerangkan tema Pelandai Bulan. Ia juga menjelaskan fungsi Pelandai Bulan dalam masyarakat Iban. Kajian ini bersandarkan Teori Strukturalisme untuk mengupas struktur dan tema Pelandai Bulan. Teori Pragmatisme telah digunakan untuk menjelaskan fungsi puisi ini dalam masyarakat Iban. Data kajian telah dikumpul daripada bahan artifak, bahan kepustakaan dan temu bual dengan responden. Data dari aspek struktur dan tema telah dianalisis dengan Kaedah de Saussure dan untuk data fungsi dianalisis dengan Kaedah System Coding J. Saldana. Kajian mendapati bahawa Pelandai Bulan memiliki struktur yang bercirikan karya sastera. Ia memiliki tema yang berfokus kepada proses rutin penanaman padi tahunan dalam masyarakat Iban. Pelandai Bulan berfungsi sebagai panduan ritual dan peringatan kepada masyarakat Iban dalam mengerjakan huma. Kajian ini diharap dapat mengangkat martabat Pelandai Bulan sebagai satu genre puisi lisan masyarakat Iban. Ini akan menambah korpus dalam dunia kesusasteraan masyarakat Iban. Dapatan kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat Iban, khasnya generasi muda untuk menghargai dan memelihara puisi-puisi lisan masyarakatnya.</p>