Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Sakinah Mohd Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3350
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelajar telah dipilih berdasarkan markah ujian-pra mereka. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan persampelan bertujuan, 53 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dirawat dengan menggunakan alat bantu mengajar interaktif kontemporari manakala pelajar dalam kumpulan kawalan telah dirawat menggunakan alat bantu mengajar interaktif konvensional. Data telah dikumpulkan melalui ujian-pra dan ujian-pasca, dan ia dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, analisis kovarians (ANCOVA) dan analisis tematik. Peningkatan yang signifikan dalam prestasi skor ujian dicatatkan sewaktu ujian-t berpasangan, min ujianpasca adalah lebih tinggi daripada min ujian-pra untuk kedua-dua kumpulan. Peningkatan ini adalah signifikan. Walau bagaimanapun, menurut keputusan ANCOVA, tidak ada perbezaan yang signifikan dalam prestasi skor ujian antara kumpulan eksperimen dan kawalan. Di samping itu, keputusan daripada analisis tematik menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar salah faham tentang logik pengaturcaraan dan sintaksis, dan dengan menggunakan alat bantuan mengajar interaktif, pemahaman pelajar telah bertambah baik. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar interaktif telah menyumbang kepada peningkatan kefahaman konsep pengaturcaraan, dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengaturcaraan. Penggabungan kepada alat bantu mengajar perlu digunakan dalam pengajaran pengaturcaraan.