Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Sakinah Mohd Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3350
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:3350
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:33502020-02-27 Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR) 2017 Siti Sakinah Mohd Yusof LB Theory and practice of education Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelajar telah dipilih berdasarkan markah ujian-pra mereka. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan persampelan bertujuan, 53 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dirawat dengan menggunakan alat bantu mengajar interaktif kontemporari manakala pelajar dalam kumpulan kawalan telah dirawat menggunakan alat bantu mengajar interaktif konvensional. Data telah dikumpulkan melalui ujian-pra dan ujian-pasca, dan ia dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, analisis kovarians (ANCOVA) dan analisis tematik. Peningkatan yang signifikan dalam prestasi skor ujian dicatatkan sewaktu ujian-t berpasangan, min ujianpasca adalah lebih tinggi daripada min ujian-pra untuk kedua-dua kumpulan. Peningkatan ini adalah signifikan. Walau bagaimanapun, menurut keputusan ANCOVA, tidak ada perbezaan yang signifikan dalam prestasi skor ujian antara kumpulan eksperimen dan kawalan. Di samping itu, keputusan daripada analisis tematik menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar salah faham tentang logik pengaturcaraan dan sintaksis, dan dengan menggunakan alat bantuan mengajar interaktif, pemahaman pelajar telah bertambah baik. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar interaktif telah menyumbang kepada peningkatan kefahaman konsep pengaturcaraan, dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengaturcaraan. Penggabungan kepada alat bantu mengajar perlu digunakan dalam pengajaran pengaturcaraan. 2017 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3350 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3350 text zsm closedAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic LB Theory and practice of education
spellingShingle LB Theory and practice of education
Siti Sakinah Mohd Yusof
Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)
description Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelajar telah dipilih berdasarkan markah ujian-pra mereka. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan persampelan bertujuan, 53 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dirawat dengan menggunakan alat bantu mengajar interaktif kontemporari manakala pelajar dalam kumpulan kawalan telah dirawat menggunakan alat bantu mengajar interaktif konvensional. Data telah dikumpulkan melalui ujian-pra dan ujian-pasca, dan ia dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, analisis kovarians (ANCOVA) dan analisis tematik. Peningkatan yang signifikan dalam prestasi skor ujian dicatatkan sewaktu ujian-t berpasangan, min ujianpasca adalah lebih tinggi daripada min ujian-pra untuk kedua-dua kumpulan. Peningkatan ini adalah signifikan. Walau bagaimanapun, menurut keputusan ANCOVA, tidak ada perbezaan yang signifikan dalam prestasi skor ujian antara kumpulan eksperimen dan kawalan. Di samping itu, keputusan daripada analisis tematik menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar salah faham tentang logik pengaturcaraan dan sintaksis, dan dengan menggunakan alat bantuan mengajar interaktif, pemahaman pelajar telah bertambah baik. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar interaktif telah menyumbang kepada peningkatan kefahaman konsep pengaturcaraan, dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengaturcaraan. Penggabungan kepada alat bantu mengajar perlu digunakan dalam pengajaran pengaturcaraan.
format thesis
qualification_name
qualification_level Master's degree
author Siti Sakinah Mohd Yusof
author_facet Siti Sakinah Mohd Yusof
author_sort Siti Sakinah Mohd Yusof
title Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)
title_short Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)
title_full Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)
title_fullStr Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)
title_full_unstemmed Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (IR)
title_sort keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
publishDate 2017
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3350
_version_ 1747833073406312448