Pembinaan dan pengujian modul i-Think matematik tingkatan tiga bagi tajuk rumus algebra (IR)

Kajian ini bertujuan membina modul latihan i-Think matematik tingkatan tiga (Mi-T3) bagi tajuk rumus algebra untuk digunakan di dalam proses pembelajaran matematik di sekolah menengah harian biasa. Model Sidek membahagikan proses pembangunan modul kepada dua peringkat iaitu peringkat membina draf da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sazilah Sam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3364
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina modul latihan i-Think matematik tingkatan tiga (Mi-T3) bagi tajuk rumus algebra untuk digunakan di dalam proses pembelajaran matematik di sekolah menengah harian biasa. Model Sidek membahagikan proses pembangunan modul kepada dua peringkat iaitu peringkat membina draf dan peringkat pengujian modul. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik untuk menilai kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul daripada perspektif guru dan murid. Bagi menilai kesahan kandungan modul, lapan orang pakar telah dilantik. Nilai keseluruhan kesahan kandungan modul adalah tinggi, lebih daripada 70 peratus. Seramai 30 orang guru dan 30 orang murid tingkatan tiga terlibat untuk menguji kebolehpercayaan modul manakala 21 orang guru dan 533 orang murid terlibat dalam pengujian menentukan kebolehgunaan modul yang dibina. Hasil kajian menunjukkan nilai pekali alfa Cronbach bagi kebolehpercayaan modul adalah sangat tinggi melebihi 0.80. Pengujian satu dengan satu dan pengujian kajian lapangan mencapai tahap sangat tinggi dengan min melebihi tiga. Ini menunjukkan secara keseluruhan aspek kandungan modul dan kualiti modul melepasi tahap piawai penghasilan sesuatu modul. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan satu modul latihan i-Think matematik tingkatan tiga bagi tajuk rumus algebra yang menepati piawaian yang telah ditetapkan. Implikasinya, modul Mi-T3 membolehkan murid menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran matematik.