Gaya pembelajaran murid orang asli di Perak dalam pendidikan Islam (IR)

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini menggunakan Teori Kognitif Piaget, Gestalt, Pembelajaran Tadrij, Teori Dua Faktor Motivasi Herzberg dan Model Dunn &a...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohamad Yusri Bakir
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3523
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini menggunakan Teori Kognitif Piaget, Gestalt, Pembelajaran Tadrij, Teori Dua Faktor Motivasi Herzberg dan Model Dunn & Dunn untuk mengkaji gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli merangkumi aspek motivasi, tanggungjawab, kecekalan, persekitaran, struktur, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan metod kuantitatif dan kualitatif. Metod kuantitatif melibatkan soal selidik yang diedarkan kepada 199 orang murid dan disokong oleh metod kualitatif yang melibatkan pemerhatian terhadap enam orang murid Orang Asli beragama Islam. Data kajian dianalisis untuk melihat deskriptif dan inferensi; frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian MANOVA serta korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli adalah sederhana tinggi. Aspek motivasi dan struktur menunjukkan skor min yang tinggi, sementara aspek tanggung jawab, kecekalan, persekitaran, sosiologi, fisiologi dan psikologi menunjukkan tahap sederhana tinggi. Dapatan ini disokong melalui pemerhatian di dalam kelas bagi mengukuhkan hasil dapatan deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran murid Orang Asli berdasarkan jantina, lokasi sekolah, suku kaum, pendidikan dan pendapatan ibu bapa. Hasil analisis korelasi pula mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara komponen gaya pembelajaran murid Orang Asli dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Implikasi hasil kajian ini, mencadangkan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan kebolehan murid Orang Asli Islam berdasarkan konstruk yang telah dibincangkan.</p>