Kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat terhadap sikap murid-murid tahap satu (IR)
<p>Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat dari segi sikap murid-murid tahap satu. Kajian ini melibatkan pembangunan permainan yang berbeza prinsip persuasif grafik iaitu prinsip syarat, prinsip cadangan dan prinsip pem...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2017
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3526 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | <p>Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat dari segi sikap murid-murid tahap satu. Kajian ini melibatkan pembangunan permainan yang berbeza prinsip persuasif grafik iaitu prinsip syarat, prinsip cadangan dan prinsip pemantauan diri. Sikap diukur dari segi afektif, kognitif dan tingkah laku. Kajian ini adalah berdasarkan kepada pendekatan eksperimen kuasi menggunakan kumpulan kawalan tidak seimbang untuk menilai kesan prinsip persuasif grafik terhadap sikap. Sampel kajian terdiri daripada 127 murid dari sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar. Hipotesis telah diuji menggunakan analisis ANCOVA dan multivariat kovarian (MANCOVA) dengan pelarasan Bonferroni (aras signifikan =p<.01). Analisis menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian kumpulan yang menggunakan prinsip syarat dan prinsip pemantauan diri dalam bentuk persuasif grafik berbanding dengan kumpulan yang menggunakan pendekatan permainan tanpa prinsip persuasif grafik pada aras signifikan p<.05. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor afektif, kognitif dan tingkah laku bagi prinsip persuasif grafik. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa prinsip syarat dan prinsip pemantauan diri adalah berkesan dalam mengubah sikap. Sebaliknya prinsip cadangan adalah tidak signifikan dalam mengubah sikap. Implikasi kajian menunjukkan bahawa prinsip syarat dan prinsip pemantauan diri boleh digunakan dalam prinsip persuasif grafik yang menyumbang kepada perubahan sikap murid.</p> |
---|