Kritikan terhadap politik dalam kepimpinan melalui karya seni (IR)

<p>Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada id...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Noor Enfendi Desa
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3530
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:<p>Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada idea, falsafah, doktrin, konsep dan teori berhubung kewujudan institusi negara. Penyelidik mengenengahkan isu politik dalam kepimpinan yang seringkali menjadi perbualan hangat dikalangan masyarakat. Tujuan penyelidikan ini ialah menganalisa isu subjek dan skop dalam kepimpinan. Selepas proses menganalisa dilaksanakan, tujuan kedua ialah menghasilkan karya berdasarkan keputusan objektif satu dengan pendekatan metafora. Penyelidik ingin menyampaikan sindiran dalam bentuk visual berunsurkan kritikan yang bersifat metafora, dengan menggunakan imej atau simbolik sebagai pengganti kiasan yang disampaikan secara lisan atau bertulis. Reka bentuk kajian, menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh J.J. Winklemann dan mempunyai dua fasa: (i) fasa pengumpulan data yang terdiri daripada pensampelan dan peralatan berdasarkan kaedah pemerhatian imejan yang ideal (ii) fasa kedua adalah berdasarkan pengeluaran karya yang berasaskan kajian studio. Hasil daripada penyelidikan ini, terdapat enam (6) buah karya yang menjurus kepada isu politik dalam kepimpinan berdasarkan pendekatan metafora. Kesimpulannya penyelidik berpendapat pendekatan metafora adalah paling tepat dalam proses memvisualkan isu yang sensitif. Implikasi dari penyelidikan ini secara langsung memberi panduan kepada pengamal seni visual untuk menggunakan pendekatan metafora dalam penghasilan karya bagi mengelakkan rasa kurang senang dikalangan audien dalam mengenengahkan isu-isu sensitif.</p>