Pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah (IR)

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam di sebuah sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan efikasi kendiri dan tingk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Hidayu Mohammad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3537
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam di sebuah sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan efikasi kendiri dan tingkah laku penerokaan kerjaya berdasarkan jantina dan umur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 254 orang pelajar. Kajian menggunakan instrumen borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi iaitu dengan melibatkan Ujian-t serta regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara kepercayaan efikasi kendiri dengan tingkah laku penerokaan kerjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri serta tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar berdasarkan umur. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri pelajar dan tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar berdasarkan jantina. Kesimpulannya kepercayaan efikasi kendiri memberi impak terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar. Implikasi kajian menunjukkan semua pihak seperti ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya.</p>