Teori jiwa dalam Thiruvasagam (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep jiwa dalam lagu-lagu Thiruvasagam, membandingkan persamaan dan perbezaan konsep jiwa antara teks Thiruvasagam dan Thiruvarudpayan dan mengenal pasti konsep jiwa yang terbanyak dalam teks Thiruvasagam yang dinyanyikan oleh Manikkavasagar pada abad ke-8...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hagallyah Santhiran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3539
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep jiwa dalam lagu-lagu Thiruvasagam, membandingkan persamaan dan perbezaan konsep jiwa antara teks Thiruvasagam dan Thiruvarudpayan dan mengenal pasti konsep jiwa yang terbanyak dalam teks Thiruvasagam yang dinyanyikan oleh Manikkavasagar pada abad ke-8. Kajian ini berasaskan kualitatif dan data-data untuk kajian ini telah dikumpulkan melalui cara deskriptif dan analitik. Teori jiwa yang dibincangkan dalam teks Thiruvarudpayan digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 447 konsep jiwa terdapat dalam lagu Thiruvasagam. Sebanyak 9 konsep jiwa menunjukkan persamaan dan 1 konsep jiwa menunjukkan perbezaan dalam Thiruvasagam. Konsep Uyir Muuvakaiyinar iaitu sebanyak 149 paling banyak digunakan dalam teks Thiruvasagam. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan konsep jiwa berasaskan Thiruvarudpayan dalam Thiruvasagam dapat memahami kebenaran jiwa dan mengertikan kewujudan jiwa di bawah naungan Tuhan.