Pemilihan realisme: perubahan kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan Yu Dafu di Nanyang (IR)

Kajian ini meneliti perubahan pemikiran Yu Dafu dengan menuruti aliran pemikiran individualisme yang dipegang teguh olehnya sejak era Gerakan 4 Mei, dan seterusnya menganalisis kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan beliau selepas berhijrah ke Nanyang. Kedatangan Yu Dafu di Nanyang merupakan per...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Yap, Bee San
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3541
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini meneliti perubahan pemikiran Yu Dafu dengan menuruti aliran pemikiran individualisme yang dipegang teguh olehnya sejak era Gerakan 4 Mei, dan seterusnya menganalisis kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan beliau selepas berhijrah ke Nanyang. Kedatangan Yu Dafu di Nanyang merupakan pergerakan diaspora yang terdesak akibat Perang China-Jepun, beliau tidak sahaja berhadapan dengan krisis negara China, tetapi kedatangan beliau juga perlu berhadapan dengan konteks Nanyang dan komuniti diaspora Cina yang jauh berbeza dengan ibu pertiwinya. Justeru, kajian ini meneliti perubahan pemikiran dan kecenderungan pengkaryaan beliau dari perspektif diaspora. Dapatan kajian ini menunjukkan perubahan Yu Dafu dari individualisme ke realisme, maka penulisan realisme telah menjadi asas kepada pengkaryaan dan keprihatinan beliau di Nanyang. Kecenderungan penulisan realisme Yu Dafu di Nanyang terpapar dalam pemilihan isi penulisan serta genre penulisannya. Implikasi kajian ini telah menunjukkan perubahan pemikiran Yu Dafu serta memperjelaskan penghalaan beliau dari individualisme ke realisme.