Satu kajian kes tentang penglibatan keluarga mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan (IR)
Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan keluarga, cabaran dan strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstrukt...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2017
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3552 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan keluarga, cabaran dan strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dan tiga orang bekas penagih dadah dipilih dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hasil kajian mendapati penglibatan keluarga merupakan satu proses penyesuaian bagi mengendalikan bekas penagih dadah. Keluarga juga menempuhi cabaran dalam mengendalikan bekas penagih dadah kerana pengaruh dalaman dan luaran. Bagi mengatasi cabaran tersebut, keluarga mempunyai strategi tersendiri iaitu membentuk intervensi psikososial yang terdiri daripada tingkah laku, personaliti dan persekitaran. Kesimpulannya, keluarga perlu mendekatkan diri dengan bekas penagih dadah bagi memotivasikan mereka untuk meneruskan kehidupan. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kefahaman dan intervensi keluarga bagi mengendalikan bekas penagih dadah. |
---|