Kesan sistem francais pendidikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IR)
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Sistem Francais Pendidikan terhadap Kualiti Pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian ini juga dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS. Faktor-fakto...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3557 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Sistem Francais Pendidikan terhadap Kualiti Pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian ini juga dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS. Faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran, gaya pengajaran dan kualiti pensyarah digunakan sebagai pemboleh ubah bebas yang diukur dengan menggunakan soal selidik lima skala-likert. Seramai 148 orang pelajar IPTS di sekitar Negeri Melaka dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Pengkaji menggunakan statistik deksriptif dan statistik inferensi dalam menganalisis data yang diperolehi iaitu dengan melihat kekerapan, min dan peratusan responden manakala statistik inferensi iaitu Analisis Faktor dan Analisis Regresi Berganda digunakan untuk melihat kesahan item dalam soal selidik dan impak faktor-faktor pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian mendapati, hanya dua daripada tiga faktor iaitu faktor persekitaran pembelajaran dan gaya pengajaran sahaja yang memberi kesan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajarpelajar di IPTS. Sementara faktor kualiti pensyarah tidak memberi kesan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS. Dapatan kajian ini juga dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS selain dapat membantu hubungan dua hala di antara UA dan IPTS dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti di masa hadapan. |
---|