Kerelevanan kurikulum standard Kolej Vokasional bidang teknologi kimpalan dengan kehendak sektor industri (IR)
Kajian ini bertujuan untuk melihat kerelevanan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Kimpalan dengan kehendak sektor industri terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa menjalani latihan industri. Pendekatan tinjauan melibatkan soal selidik dan disokong deng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3564 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat kerelevanan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Kimpalan dengan kehendak sektor industri terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa menjalani latihan industri. Pendekatan tinjauan melibatkan soal selidik dan disokong dengan kaedah temubual telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 71 orang pelajar Kolej Vokasional Shah Alam dalam bidang Teknologi Kimpalan yang menjalani program latihan industri dan 2 orang pihak majikan di sektor industri di mana pelajar ditempatkan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif manakala kaedah temubual pula melibatkan tema temubual yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.302 bagi tahap (pengetahuan), Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (kemahiran) dan Min = 4.48, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (sikap). Dapatan melalui temubual dengan pihak majikan menunjukkan tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap sikap pelajar bagi kerja pemotongan logam, kerja mengimpal arka dan prosedur penggunaan mesin kimpalan berada di tahap yang memuaskan. Secara keseluruhannya, KSKV Teknologi Kimpalan adalah relevan dan memenuhi kehendak industri. Implikasinya pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menjalinkan hubungan kolaborasi yang lebih rapat dengan pihak industri dalam merangka KSKV supaya hasilnya lebih selaras dengan kehendak industri dalam semua aspek. |
---|