Perkaitan faktor motivasi dan gaya kepimpinan jurulatih terhadap penglibatan sukan di kalangan atlit kejohanan aktiviti gerak kerja kokurikulum (KAGUM) Institut Perguruan Sarawak (IR)

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat motif utama penglibatan atlit Institut Perguruan Sarawak dalam sukan, gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan atlit Institut Perguruan Sarawak dan perkaitan di antara motivasi dengan gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan di kalangan atlit di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainudin Denan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3565
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat motif utama penglibatan atlit Institut Perguruan Sarawak dalam sukan, gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan atlit Institut Perguruan Sarawak dan perkaitan di antara motivasi dengan gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan di kalangan atlit di 1nstitut Perguruan Sarawak, Miri dalam Sukan KAGUM Satu set borang soal selidik ditadbirkan ke atas 35 orang pelajar (21 lelaki dan 14 perempuan) yang terlibat dengan sukan tersebut. Pengukuran prestasi diperoleh berdasarkan konstruk bateri ujian yang terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu Bahagian A " Demograji responden, Bahagian B " Motif penglibatan dan Bahagian C " Gaya Kepimpinan Jurulatih. Kedua-dua bahagian menggunakan skala Likert ( 5 Skala). Semua data yang dikumpul di analisis menggunakan SPSS V! 1.5 untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai dan korelasi pearson. Rumusan kajian mendapati faktor motivasi utama yang menjadi pilihan atlit untuk terlibat dalam sukan KAGUM adalah faktor kemahiran (M = 4.66, SP = .42), kecergasan dan sosio kendiri (M = 4.14, SP = .42), semangat berpasukan merupakan pilihan ke empat (M = 4.06, SP = .43 ) dorongan pilihan ke lima (M = 3.94, SP = 56 ), pengiktirafan pilihan ke enam (M = 3.82, SP = .57 ), minat pilihan ke tujuh (M = 3.84, SP = .59 ), dan imej (M = 3.64, SP = .06) sebagai pilihan terakhir. Analisis data menunjukkan dikalangan atlit memilih gaya kepimpinan tingkahlaku latihan dan arahan sebagai pilihan utama bagi atlit lelaki (M = 4.26, SP = .47), atlit perempuan (M = 3.88, SP = .69) Dapatan kajian juga menunjukan tidak terdapat perbezaan skor min motif penglibatan dengan gaya kepimpinan jurulatih yang signifikan di an tara atlit lelaki (M = 3.93, SP = 0.36) dengan atlit perempuan (M = 3.82. SP = 0.31). Perkaitan di antara motif penyertaan dengan gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan di kalangan atlit di 1nstitut Perguruan Sarawak, Miri dalam Sukan KAGUM menunjukan terdapat korelasi positif yang sederhana rendah antara skor min faktor motivasi penglibatan dengan skor min gaya kepimpinan jurulatih ( r = .314, ). Hubungan antara kedua-duanya pembolehubah adalah tidak signifikan ( r = .314 n = 35.p = 0.066, P >0.05) menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan an tara motif penglibatan dengan gaya kepimpinan jurulatih dt kalangan atlit yang terlibat secara langsung dengan sukan KAGUM di Institut Perguruan Sarawak.