Pembinaan, pengujian instrumen dan pengukuran tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah (IR)
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling (IPGBK), serta mengukur tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pembinaan instrume...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3569 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling (IPGBK), serta mengukur tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pembinaan instrumen ini dilakukan dengan menganalisis lima buah dokumen Standard Kaunselor Sekolah dari luar negara. Analisis kandungan setiap dokumen menghasilkan draf yang dinilai kesahannya oleh tiga orang pakar, manakala kebolehpercayaan instrumen diperoleh daripada 35 orang guru bimbingan dan kaunseling. Seramai 390 GBK, 140 orang ketua jabatan dan 252 orang rakan sekerja merupakan sampel untuk mengukur tahap profesionalisme menggunakan IPGBK dan amalan profesionalisme dikaji dengan kaedah temu bual dan pemerhatian ke atas empat orang guru bimbingan dan kaunseling. Dapatan kajian mendapati IPGBK mempunyai nilai kesahan yang tinggi dan nilai kebolehpercayaan juga tinggi (0.83 hingga 0.98). Hasil kajian kuantitatif menunjukkan bahawa tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah berdasarkan penilaian pengamal dan ketua jabatan adalah sederhana (min=3.25 dan 3.27), manakala penilaian oleh rakan sekerja adalah tinggi (min=3.71). Tahap profesionalisme dari segi kemahiran berdasarkan penilaian pengamal, ketua jabatan dan rakan sekerja adalah sederhana (min=2.92, 2.83 dan 3.37). Tahap profesionalisme dari segi pengetahuan berdasarkan penilaian pengamal dan ketua jabatan adalah sederhana (min=3.10 dan 3.30), manakala penilaian rakan sekerja adalah tinggi (min=3.75). Tahap Profesionalisme dari segi nilai peribadi berdasarkan penilaian pengamal penilaian ketua jabatan, dan penilaian rakan sekerja berada pada tahap tinggi (min=3.73, 3.69 dan 4.01). Hasil kajian kualitatif pula mendapati bahawa guru bimbingan dan kaunseling tahu membuat perancangan tetapi kurang pengetahuan tentang teori, teknik dan strategi kaunseling. Dari segi kemahiran, mereka mahir mencari maklumat tetapi kurang mahir menyebar luas maklumat, manakala dari segi nilai peribadi, mereka mengamalkan etika dan sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme. Kajian ini memberi implikasi kepada keperluan untuk meningkatkan tahap profesional guru bimbingan dan kaunseling dari aspek pengetahuan dan kemahiran. |
---|