Konsepsi guru Matematik tingkat sekolah menengah atas negeri terhadap pendekatan pembelajaran berpusat pelajar dan pelaksanaanya di dalam bilik darjah (IR)

Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi guru-guru Matematik Tingkat Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di bandar Palembang terhadap pendekatan Pembelajaran Berpusat Pelajar (PBP). Kajian kes ini melibatkan lima orang guru SMA Negeri di bandar Palembang yang dipilih dengan menggunakan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saleh, Trimurti
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3668
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi guru-guru Matematik Tingkat Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di bandar Palembang terhadap pendekatan Pembelajaran Berpusat Pelajar (PBP). Kajian kes ini melibatkan lima orang guru SMA Negeri di bandar Palembang yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Proses pengumpulan data dibuat secara individu melalui temu bual pra pengajaran, pemerhatian pengajaran dalam bilik darjah, temu bual pasca pengajaran, nota lapangan dan dokumen pengajaran. Proses pengumpulan data dilakukan sebanyak lima kali untuk setiap peserta kajian. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas setiap sesi pengajaran. Kaedah analisis adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsepsi guru terhadap PBP masih belum jelas. Sebahagian besar guru awalnya berpandangan pelajar harus aktif dan guru hanya sebagai fasilitator, motivator, komunikator, evaluator, dan sumber pembelajaran. Hanya seorang guru berpendapat bahawa PBP sebagai arahan bagi guru untuk bertindak sebagai perantara dalam membantu pelajar mempelajari konsep matematik baharu. Empat orang guru menyatakan peranan pelajar di dalam PBP adalah aktif mencari, menemukan, mengolah, mengkonstruksi dan memberi makna ilmu pengetahuan yang diperoleh. Hanya seorang guru yang menyatakan pelajar sebagai subjek mandiri dalam pembelajaran. Sebahagian guru memiliki konsepsi bahawa masalah di dalam PBP harus kontekstual, tidak rutin dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mendapatkan penyelesaian masalah. Kebanyakan guru melaksanakan PBP hanya dengan memfokuskan pada pembentukan kumpulan pelajar dan hanya menggunakan satu model pembelajaran PBP, tanpa memperhatikan keadaan pelajar dan isi kandungan pelajaran. Kesimpulannya konsepsi guru terhadap PBP mempengaruhi amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kajian ini memberi implikasi bahawa konsepsi dan amalan pengajaran yang dipamerkan guru adalah sangat penting dan mampu membantu pelajar dalam mengembangkan isi kandungan pelajaran dan keaktifan pelajar.