Kecenderungan kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid tahun empat dalam mengendalikan eksperimen sains (IR)

Kajian ini bertujuan menentukan kecenderungan kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid Tahun 4 melalui aktiviti mengeksperimen dalam mata pelajaran Sains. Kecenderungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif murid tersebut dikenal pasti melalui pemerhatian, penulisan dan lisan. Seramai 36 o...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norhayati Abdul Halim
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3679
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan menentukan kecenderungan kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid Tahun 4 melalui aktiviti mengeksperimen dalam mata pelajaran Sains. Kecenderungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif murid tersebut dikenal pasti melalui pemerhatian, penulisan dan lisan. Seramai 36 orang murid Tahun 4 telah dipilih secara pensampelan stratifikasi bertujuan. Mereka mewakili semua tahap kecerdasan, iaitu murid cerdas, murid sederhana dan murid yang lemah. Instrumen untuk mengumpul data kajian terdiri daripada tugasan eksperimen, senarai semak pemerhatian tabiat kemahiran berfikir dan protokol temu bual semi berstruktur. Data dianalisis secara kualitatif menggunakan kaedah perbandingan konstan dengan mengkelompokkan maklumat kepada sub-kategori, istilah dan tema yang sesuai. Hasil kajian menunjukkan murid Tahun 4 lebih cenderung menguasai kemahiran berfikir kritis (89.3%) berbanding dengan kemahiran berfikir kreatif (54.7%). Dari segi tabiat kemahiran berfikir pula, 91.2% murid menunjukkan tabiat pemikiran kritis berbanding dengan 78.1% yang menunjukkan tabiat pemikiran kreatif. Kesimpulannya, Secara keseluruhannya, murid Tahun 4 ini lebih cenderung mengamalkan tabiat dan berfikiran kritis dalam menjalankan eksperimen Sains. Implikasinya, para guru digalakkan untuk melaksanakan aktiviti eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah untuk menggalakkan murid mengamalkan tabiat berfikir kritis seterusnya ke arah kemahiran berfikir aras tinggi.