Kesan Modul Permainan Kecil Berasaskan Teaching Games for Understanding dalam latihan terhadap prestasi pemain bola jaring sekolah di Pahang (IR)

Kajian ini bertujuan menilai kesan Modul Permainan Kecil Berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam latihan terhadap prestasi pemain bola jaring sekolah di Pahang. Penilaian adalah terhadap membuat keputusan pemilihan serta penggunaan strategi menyerang atau bertahan, dan pelaksanaan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosnah Elias
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3680
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai kesan Modul Permainan Kecil Berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam latihan terhadap prestasi pemain bola jaring sekolah di Pahang. Penilaian adalah terhadap membuat keputusan pemilihan serta penggunaan strategi menyerang atau bertahan, dan pelaksanaan kemahiran hantaran, menerima, memintas, mengacah, menghalang. Penilaian juga dalam aspek motivasi, keyakinan, keperluan peribadi dan pemindahan pengetahuan tentang strategi serta taktikal dalam permainan kecil. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ialah 34 orang pemain pelapis bola jaring sekolah yang berumur 13 hingga 14 tahun. Instrumen kajian adalah Modul Permainan Kecil Berasaskan TGfU, borang penilaian prestasi dan persepsi nilai. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dan peningkatan prestasi lebih tinggi bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Analisis korelasi Pearson bagi ujian pra dan ujian pasca kumpulan eksperimen menunjukkan hubungan yang kuat, signifikan dan positif terhadap prestasi membuat keputusan tetapi hubungan yang sederhana, positif dan signifikan bagi prestasi pelaksanaan kemahiran. Majoriti pemain bersetuju bahawa modul tersebut dapat meningkatkan aspek motivasi, keyakinan, keperluan peribadi dan pemindahan pengetahuan tentang strategi dan taktikal dalam permainan kecil. Implikasinya, Modul Permainan Kecil Berasaskan TGfU dapat digunakan bagi meningkatkan prestasi pemain bola jaring sekolah.