Situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban di Sarawak (IR)
Objektif kajian ini ialah untuk menyelidiki situasi campur kod masyarakat Iban di Sarawak, daripada aspek tahap kekerapannya, faktor dominan yang mendorong situasi campur kod dan fungsi campur kod, kesignifikanan tahap akademik dengan situasi campur kod dan perbezaan yang signifikan dalam tahap camp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3695 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian ini ialah untuk menyelidiki situasi campur kod masyarakat Iban di Sarawak, daripada aspek tahap kekerapannya, faktor dominan yang mendorong situasi campur kod dan fungsi campur kod, kesignifikanan tahap akademik dengan situasi campur kod dan perbezaan yang signifikan dalam tahap campur kod masyarakat Iban yang berbeza aliran pendidikannya. Kajian ini berlandaskan Teori Monitor yang diperkenalkan oleh Stephen Krashen sekitar tahun 1970-an. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dan data kajian diperoleh melalui teknik rakaman spontan dan soal selidik. Responden kajian seramai 1035 orang dan 14 kumpulan yang terdiri daripada individu dan kelompok masyarakat Iban yang berpendidikan Inggeris dan berpendidikan Melayu. Saiz sampel kajian ditentukan berdasarkan jadual Krejcie & Morgan dan juga menggunakan persampelan mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif serta melibatkan ujian-t dan ujian korelasi Pearson untuk mencapai ketepatan maklumat dan hasil jangkaan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kekerapan campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban adalah bergantung kepada topik perbualan. Situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban didorong oleh faktor-faktor dominan yang diwakili oleh akronim KOMUNIKASI dan berfungsi sebagai suatu strategi komunikasi masyarakat Iban. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap akademik dengan situasi campur kod bahasa Iban. Dapatan kajian juga membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap campur kod masyarakat Iban yang berbeza aliran pendidikan. Kesimpulannya, situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban masih dalam keadaan yang terkawal. Kajian menunjukkan situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban ini mampu membawa perkembangan yang positif kepada bahasanya jika dilakukan dengan tujuan yang positif. Implikasinya, penyesuaian bahasa dengan tujuan memperkaya ilmu, kebudayaan dan pemikiran bangsa perlu dilakukan untuk menjadi bahasa yang dinamik. |
---|