Perkembangan lukisan kanak-kanak autisme (IR)

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan melukis kanak-kanak autisme di sebuah sekolah kerajaan berkeperluan khas. Tahap sederhana dipilih daripada kanak-kanak autisme yang masih boleh memahami arahan tetapi memerlukan bantuan guru. Objektif kajian pula, adalah untuk mengenal pasti proses...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Fazilah Omar
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3804
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan melukis kanak-kanak autisme di sebuah sekolah kerajaan berkeperluan khas. Tahap sederhana dipilih daripada kanak-kanak autisme yang masih boleh memahami arahan tetapi memerlukan bantuan guru. Objektif kajian pula, adalah untuk mengenal pasti proses pengwujudan idea kanak-kanak autisme, menjelaskan proses pengolahan dan penghalusan idea kanak-kanak autisme serta menghuraikan penggunaan media kanak-kanak autisme dalam proses menghasilkan lukisan. Kajian ke atas tiga orang murid berkeperluan khas autisme menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bantuk kajian kes selama dua bulan di lapangan. Teori yang digunakan adalah yang berpandukan kepada model perkembangan artistik Laura H. Chapman iaitu pengwujudan idea, pengolahan idea dan kemahiran media. Dapatan kajian menunjukkan proses perkembangan melukis kanak-kanak autisme banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan dan juga media elektronik. Hasil kajian juga mendapati, hasil karya kanak autisme turut dipengaruhi oleh watak-watak yang terdapat dalam cerita yang ditonton. Bagi kanak-kanak yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, lukisan mereka berkisar tentang perihal keluarga seperti ayah, ibu dan haiwan peliharaan. Namun begitu, kanak-kanak autisme ini mempunyai beberapa tahap pembelajaran dan kanak-kanak ini mampu menguasai pembelajaran jika menggunakan pendekatan yang lebih terarah dan cenderung dengan keupayaan mereka. Pendidikan Seni merupakan medium yang amat sesuai untuk kanak-kanak autisme berkarya kerana seni bukan sahaja untuk menghasilkan lukisan tetapi mereka dapat meluahkan emosi selain menggunakan kognitif dan psikomotor mereka secara menyeluruh