Kesan pendidikan hidrasi terhadap tahap pengetahuan dan amalan hidrasi, status hidrasi serta pengambilan air dalam kalangan atlet lelaki sukan berkala Universiti Pendidikan Sultan Idris (IR)

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan pendidikan hidrasi terhadap tahap pengetahuan dan amalan hidrasi, status hidrasi serta jumlah pengambilan air dalam kalangan atlet sukan berkala Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimental dengan reka ben...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Niza Anira Mohd Zanani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3806
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan pendidikan hidrasi terhadap tahap pengetahuan dan amalan hidrasi, status hidrasi serta jumlah pengambilan air dalam kalangan atlet sukan berkala Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimental dengan reka bentuk kumpulan kawalan pra ujian pasca ujian. Peserta kajian terdiri daripada 29 orang atlet universiti lelaki dari pasukan bola sepak dan bola baling, berusia dalam lingkungan 21 hingga 25 tahun. Tahap pengetahuan dan amalan hidrasi diuji sebelum dan selepas empat minggu pendidikan hidrasi dengan menggunakan borang soal selidik. status hidrasi diukur setiap minggu sebelum latihan dengan menggunakan refraktometer, peratusan perbezaan berat badan dan warna urin. Sementara itu, jumlah pengambilan air peserta kajian dikira sepanjang tempoh kajian dijalankan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian t sampel berpasangan dan ujian ANOVA berulang. Secara umumnya, tahap pengetahuan hidrasi peserta kajian pada tahap yang memuaskan dengan skor 70 peratus, manakala tahap amalan hidrasi adalah baik dengan skor 82 peratus. Status hidrasi sebelum latihan adalah rendah dengan nilai USG melebihi 1.020. Selepas pendidikan hidrasi diberikan, didapati terdapat peningkatan terhadap tahap pengetahuan hidrasi. Tahap amalan hidrasi peserta juga menunjukkan peningkatan walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Terdapat perbezaan signifikan bagi status hidrasi sebelum dan selepas pendidikan diberikan. Tambahan lagi, jumlah pengambilan air juga menunjukkan perbezaan yang signifikan selepas pendidikan hidrasi dijalankan. Kesimpulannya, pendidikan hidrasi mampu meningkatkan tahap pengetahuan hidrasi, status hidrasi dan jumlah pengambilan air dalam kalangan atlet. Implikasi dari kajian ini adalah semua atlet terutama atlet acara berkala perlu didedahkan dengan strategi hidrasi supaya dapat mencapai prestasi sukan secara optimum.