Keberkesanan pembelajaran model koperatif STAD meningkatkan minat, keyakinan dan pencapaian pelajar dalam pendidikan seni visual (IR)

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kaedah model koperatif STAD (Student Teams Achievement Divisions) terhadap minat, keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang catan alam semulajadi. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini bagi satu kumpul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azman Ab.Rahim@Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3816
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kaedah model koperatif STAD (Student Teams Achievement Divisions) terhadap minat, keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang catan alam semulajadi. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini bagi satu kumpulan sahaja dengan beberapa ujian iaitu Ujian PRA, PASCA 1, PASCA 2 dan PASCA 3. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan terdiri daripada 17 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sebagai subjek elektif di salah sebuah sekolah di daerah Muar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian program Microsoft Excel. Data peningkatan pencapaian dapat di rekod dan di nilai melalui ujian tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penglibatan pelajar melalui pembelajaran koperatif. Dapatan pelaksanaan kaedah model koperatif STAD telah menunjukkan peningkatan minat, keyakinan serta pencapaian markah pelajar yang lebih tinggi secara signifikan di dalam setiap ujian yang dijalankan berbanding sebelumnya. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan kaedah model koperatif STAD telah berjaya membawa satu perubahan yang positif dalam meningkatkan minat, keyakinan dan pencapaian pelajar di dalam bidang catan alam semulajadi. Implikasi kajian ini, model koperatif STAD boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan seni visual usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.