Meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan kaunselor (IR)

Tujuan kajian adalah untuk meneroka pengetahuan, amalan dan cabaran kaunseling perspektif dalam perkhidmatan kaunselor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes untuk meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan kaunselor. Kaedah temu bual separa berstr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noraimi Aainaa Omar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3866
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian adalah untuk meneroka pengetahuan, amalan dan cabaran kaunseling perspektif dalam perkhidmatan kaunselor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes untuk meneroka amalan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan kaunselor. Kaedah temu bual separa berstruktur ke atas enam orang peserta telah dijalankan dalam proses pengumpulan data bagi membolehkan proses triangulasi data dijalankan. Melalui analisis tematik, sebanyak sembilan tema telah terhasil iaitu proses teraputik yang berlandaskan syariat, pendekatan kaunseling perspektif Islam yang integratif, karakter kaunselor berdasarkan Quran dan Sunnah, kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam setiap tahap kaunseling, asimilasi kemahiran kaunseling Islam dan konvensional, persepsi masyarakat mengenai kaunseling perspektif Islam, cabaran pengisian dan aplikasi kaunseling perspektif Islam, cabaran dari segi pengamal kaunseling dan cabaran dari klien sendiri. Dapatan kajian ini memperlihatkan amalan kaunseling Islam sebagai amalan yang integratif, dinamik dan komprehensif. Kajian ini secara khusus menjadi satu medium bagi pengamal untuk meningkatkan tahap keilmuan, pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan amalan kaunseling perspektif Islam.