Sejarah pembangunan pertanian negeri Melaka di bawah agensi pertanian persekutuan, 1970-1990 (IR)

Objektif kajian ini bertujuan untuk mengalurkan perkembangan ekonomi pertanian masyarakat Melayu di Melaka selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia ditamatkan pada tahun 1990. Kajian ini juga bertujuan untuk membincangkan peranan agensi pertanian persekutuan FELDA, RISDA dan FELCRA d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nurdiyawati Abidin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3876
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Objektif kajian ini bertujuan untuk mengalurkan perkembangan ekonomi pertanian masyarakat Melayu di Melaka selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia ditamatkan pada tahun 1990. Kajian ini juga bertujuan untuk membincangkan peranan agensi pertanian persekutuan FELDA, RISDA dan FELCRA dalam melaksanakan matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat serta kesannya terhadap perkembangan pertanian yang merubah sosioekonomi masyarakat di Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis perubahan perkembangan sosioekonomi kesan daripada pembangunan pertanian melalui peranan agensi pertanian di Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi luar bandar, khususnya dari aspek pembangunan kesejahteraan masyarakat pada keseluruhannya adalah sangat positif. Dapatan kajian juga mendapati taraf kehidupan masyarakat Melayu luar bandar di Melaka meningkat dimanifestasikan melalui peningkatan di dalam pendapatan bulanan. Selain itu, didapati keluasan ekar tanah pertanian juga semakin meningkat manakala kadar peratusan kemiskinan pula menunjukkan penurunan. Pelaksanaan DEB telah memberi peluang kepada agensi pertanian persekutuan seperti FELDA, RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan matlamat DEB melalui serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh agensi pertanian persekutuan seperti FELDA, RISDA dan FELCRA telah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Melayu di Melaka. Implikasi kajian ini memberi sumbangan yang penting kepada masyarakat di negara ini dalam konteks untuk memahami peranan agensi pertanian persekutuan dalam memajukan masyarakat Melayu luar bandar khususnya di negeri Melaka.