Pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan su...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Aisyah Mat Yusoff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3877
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah yang melibatkan 442 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah di daerah Asajaya, Sarawak. Responden kajian menjawab empat jenis soal selidik iaitu Career Related Parent Support Scale (CRPSS), Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision- Making Self-Efficacy Scale- Short Form (CDMSE-SF). Data dianalisis menggunakan Ujian-t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan subskala sokongan ibu bapa iaitu galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan motivasi intrinsik dan ekstrinsik berdasarkan jantina. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi mempunyai hubungan yang signifikan yang positif dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Analisis regrasi pelbagai menunjukkan sokongan ibu bapa dari segi emosi, personaliti keterbukaan dan motivasi intrinsik memberi sumbangan (31.9%) yang signifikan (p<0.001) terhadap skor efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan sokongan ibubapa dari segi emosi, personaliti keterbukaan dan motivasi intrinsik membantu pelajar dalam membuat keputusan kerjaya. Implikasi keputusan kajian menunjukkan ibu bapa dan kaunselor perlu memberi sokongan, motivasi dan mengenal pasti personaliti pelajar dalam membantu mereka membuat keputusan kerjaya.